Soalan-Soalan Hot!

  • Berapa kos bagi membina sebuah laman web sekolah? +

    Kos bagi pembinaan sebuah web sekolah antara RM800-RM1200

  • Adakah harga bagi pembinaan sebuah web tetap? +

    TIDAK, harga adalah bergantung kepada permintaan pelanggan.

  • Adakah pihak PakejWeb akan membuat promosi pada satu-satu masa? +

    YA, pihak PakejWeb akan membuat promosi pada satu tempoh yang ditetapkan.

  • Ada tak web percuma untuk kami? +

    YA, kami ada menyediakan web percuma tetapi hanya untuk sekolah-sekolah sahaja.

  • Apa yang dimaksudkan web sekolah PERCUMA? +

    Pihak PakejWeb akan  menyediakan fail web dan database yang telah siap dirangka. Pihak sekolah hanya perlu memuat naik ke hosting pilihan dan melakukan ubah suai maklumat web dengan bantuan video.

  • Apa perbezaan web sekolah percuma dan berbayar? +

    Antara perbezaannya adalah, bilangan menu lebih banyak, panduan video khas, suntingan gambar dan artikel, fungsi admin berperingkat, mempunyai langganan hosting dan banyak lagi....

  • Ada diskaun tak? +

    Ada. Setiap pelanggan boleh mendapatkan diskaun bagi setiap pakej selepas perbincangan dengan pihak PakejWeb. Diskaun diberikan bergantung kepada :

    1. Kaedah perbincangan (secara talian/perjumpaan)
    2. Kemahiran Photoshop pelanggan
    3. Penggunaan hosting sedia ada
    4. lain-lain yang berkaitan semasa pembangunan

  • Apakah jenis CMS yang digunakan bagi pembangunan web dan mengapa? +

    Kami menggunakan CMS Joomla! sebagai asas web kerana mempunyai kelebihan dari segi teknikal semasa pembangunan.

  • Bukankah penggunaan CMS Joomla! lebih mudah dipecah masuk (Hack) berbanding CMS lain? +

    TIDAK. Tidak kira apa jenis CMS yang digunakan sekiranya tidak melakukan penyeliaan terhadap web dan komponen-komponen yang digunakan akan mempunyai risiko dipecah masuk (Hack). Selain itu punca hacking  juga berpunca dari hosting(server) atau penggunaan katalaluan yang mudah. 

  • Adakah pihak PakejWeb mempunyai hosting server tersendiri? +

    TIDAK. Buat masa ini kami tidak mempunyai Hosting Server. Setiap pelanggan akan menggunakan hosting dari ServerFreak. Namun begitu kami dalam perancangan menyediakan hosting termurah bagi pelanggan kami dengan spesifikasi seperti dibawah:

    1. Harga RM99 tahunan
    2. Saiz 50GB
    3. 50GB Bandwidth
    4. Free domain (*.com, *.net)
    Nantikan .......

  • Berapa jangka masa yang diambil untuk menyiapkan sebuah website? +

    Masa yang diambil adalah seminggu sekiranya maklumat & bahan yang dibekalkan pelanggan lengkap serta puas hati atas hasil kerja kami.

  • Berapa wang deposit minimum bagi menempah sebuah web? +

    Minimum deposit adalah RM500 atau separuh, bergantung kepada kos pembinaan laman web yang telah dibincangkan bersama pelanggan.

  • 1